Mesti dilihat oleh semua pendidik! Satu laman yang kaya dengan resos / perisian sumber terbuka untuk digunakan dalam pendidikan, disusun dan dikategorikan mengikut bidang oleh University Queensland Australia. Terima kasih kepada blog Technology in Education!
Tujuan utama blog ini diwujudkan ialah untuk mengingatkan diri sendiri melalui nota dan catatan ringkas, pengalaman menyelesaikan isu-isu dan langkah-langkah yang berkaitan dalam penggunaan sistem operasi sumber terbuka. Selain itu adalah diharapkan blog ini dapat membantu pelatih, rakan dan siapa saja yang berminat dalam penggunaan perisian sumber terbuka terutama dalam pendidikan dan khususnya dalam pendidikan keguruan.
Selasa, 2 Disember 2008
Isnin, 1 Disember 2008
Satu permulaan...
Setelah lama memasang niat, alhamdullillah, akhirnya tercapai juga cita-cita untuk memulakan satu blog dengan matlamat seperti mana dinyatakan. Cabaran untuk memulakan blog ini sudah dapat di atasi. Mudah-mudahan cabaran yang lebih besar iaitu untuk mengemaskini blog ini secara berkala dan berguna juga dapat diharungi!
Langgan:
Catatan (Atom)