Sabtu, 12 Disember 2009

Dapat selesaikan masalah mencetak

Dah dapat jawapan (yang skema!?) daripada Dell tentang pilihan OS (atau tiada pilihan OS kecuali Windows), sila hubungi wakil penjual anda - Tidak membantu langsung!

Telah dapat selesaikan masalah Ubuntu Karmic Koala atas Dell Inspiron 10v pada pencetak Canon iP1800! Terima kasih pada laman ini atas panduan yang diberikan. Walaupun tidak sempurna; Print Self Test dan Clean Print Head tidak berfungsi, namun fungsi utama mencetak dapat dijalankan!

Jumaat, 27 November 2009

Dell Mini 10 dan Ubuntu Karmic Koala

Sedang menggunakan Dell Mini 10 untuk kemaskini laman blog ini. Baru selesai bermesyuarat di tengah KL, sebelah kompleks membeli belah yang terkenal dengan barangan komputer dan telefon bimbit! Setelah meneliti beberapa netbook untuk hadiah kepada teman hidup, maka terpilihlah Dell Mini 10.

Hasratnya nak dapatkan netbook yang kosong - tanpa OS, tapi tak terjumpa - sebab nak pasang Ubuntu Karmic Koala. Bila semak di laman Dell Malaysia nampaknya macam tiada pilihan - maksud saya, kalau nak pilih 5 versi Windows tiada masalah - cuma kena tambah harga, tapi kalau nak pilih yang tiada OS, tidak boleh kurang harga sebab dah termasuk OS Windows 7 Starter Edition! Slogan Dell kata "Dell recommends Windows 7" tapi kes ini bukan recommend tapi kes paksa! Pembeli tiada pilihan! Saya akan sampaikan kes saya ini kepada Dell dan sama-sama kita lihat apa maklum balas mereka.

Saya telah muat turun Karmic Koala Ubuntu Netbook Remix yang saiznya lebih kurang 700Mb tapi telah ambil masa lebih kurang 5 jam menggunakan Celcom Broadband. Saya ingat mungkin saya tersalah pilih server tapi nampaknya capaian ke laman lain pun sama lesu. Sudah beberapa kali apabila saya bermesyuarat di KL saya menggunakan capaian ini tapi kebanyakkan masanya, bagi saya tidak memuaskan. Ada kalanya nak dapatkan alamat ip pun sukar dan kena cuba beberapa kali buat sambungan. Mungkin ada ramai pengguna pada masa itu?

Memasang UNR ke dalam Dell Mini 10 menggunakan thumb drive USB sangat mudah, tak sampai setengah jam! Tiada masalah membuat capaian menggunakan modem Huawei E220 dengan Celcom Broadband. Untuk menggunakan Wifi kena update sistem kemudian memasang bcmwl seperti arahan dalam laman ini. Selepas itu, semua perkakasan termasuk, Bluetooth, pembesar suara, mikrofon, pad sesentuh dan wifi berfungsi dengan baik. Saya tertarik dengan kamera web yang berfungsi melalui aplikasi Cheese yang disediakan. Boleh rujuk laman ini untuk memasang Skype.

Sehingga kini, saya sangat gembira dengan prestasi netbook ini dan semakin seronok menggunakannya. Mungkin saya akan cuba pinjam daripada teman saya apabila saya keluar bermesyuarat pada masa akan datang..

Khamis, 18 Jun 2009

Distro Linux bertema Islam

Terbaca reviu distros yang berciri / bertema Islam di sini. Nama distros ini ialah Sabily. Nampaknya sangat menarik dan terus memuat turun untuk mencubanya. Sayangnya pelajar KPLI j-QAF kohort 2008 baru sahaja tamat kursus. Tentu berguna untuk mereka...

Ahad, 10 Mei 2009

Memasang Mandriva 2009.1 Spring pada Dell Latitude D630

Telah muat turun Mandriva 2009.1 Spring versi KDE dan mencubanya secara live pada komputer riba Dell D630. Semua perkakasan dapat digunakan; pad sesentuh, bunyi, wireless, bluetooth.. Sungguh hebat!

Telah pasang pada cakera keras, berkongsi dengan Windows Vista yang telah sedia ada, dalam mode dual boot. Pemasangan berjalan lancar dan siap dalam masa kurang 30 minit.

Seterusnya pakej Compiz Fusion untuk 3D Desktop dan pakej pencetak dipasang melalui Mandriva Control Center. Saya mempunyai pencetak Canon ip1880 dan dengan memasang pakej tambahan daripada laman Canon, saya telah dapat mencetak dengan sempurna! Pencetak HP PSC 1410 saya memang tiada masalah!

Saya telah berjaya meyakinkan pasangan saya untuk memasang distros ini pada komputer ribanya kerana semasa menggunakan komputer riba saya, dia seronok menggunakan ciri 3D Desktop Compiz Fusion selain perisian Open Office 3.0 yang tersedia dengan penyemak ejaan Bahasa Melayu!

Khamis, 7 Mei 2009

Pemasangan pencetak HP PSC 1410 & Modem USB Huawei E220

Sangat mudah untuk memasang pencetak HP PSC 1410 kepada Fujitsu A3110 dengan sistem operasi Ubuntu 9.04! Hidupkan pencetak, sambung kabel USB kepada komputer dan pencetak itu akan dikesan dan boleh terus mencetak. Pengimbas pula boleh dicapai dengan membuka aplikasi Xsane Image Scanning.

Untuk mencapai internet menggunakan Modem USB Huawei E220, klik kanan pada ikon Network Connections yang ada di sudut atas kanan skrin dan pilih Edit Connections. Kalau tiada ikon ini, pilih daripada menu System, Preferences, Network Connections. Pada tetingkap Network Connections klik Mobile Broadband, Add, Forward dan pilih pembekal internet anda. Klik pada Edit setelah akaun diwujudkan. Klik pada kotak Connect automatically. Anda perlu restart session untuk membuat sambungan. Selamat mencuba!

Ahad, 3 Mei 2009

Memasang Ubuntu 9.04

Baru muat turun distros terbaru Ubuntu untuk mencubanya pada komputer riba Fujitsu A3110 setelah membaca beberapa reviu. Ubuntu 9.04 atau Jaunty Jackalope dikatakan mempunyai beberapa keistimewaan.

Setelah 24 jam memasang dan mengemaskini sistem, setakat ini berjalan dengan baik. Tahniah dan terima kasih kepada MMU kerana dapat menyediakan komputer pelayan untuk pengedaran distros Ubuntu di Malaysia! Satu usaha yang sepatutnya dicontohi oleh semua IPTA/IPTS.

Aplikasi yang biasa saya gunakan, semuanya tersedia - Open Office 3.0.1, Editor grafik Gimp 2.6, pengimbas web Mozilla Firefox 3.0.7, peneroka fail Nautilus 2.25.93, Brasero 2.25.92, Rhythmbox 0.12.0 dan beberapa aplikasi lain yang tidak tersedia seperti View Your Mind boleh dipasang dengan mudah dengan memilih Applications-Add/Remove Applications.

Untuk memainkan fail multimedia seperti mp3 atau flv, perlu memasang beberapa fail library tambahan dan jika anda mempunyai sambungan yang laju ke internet, ini tidak menimbulkan masalah.

Sabtu, 2 Mei 2009

Storan tambahan luaran

Baru selesai mesyuarat di tengah KL. Sempat pergi ke sebuah plaza yang terkenal dengan aneka peralatan dan perkakasan komputer. Memang sentiasa ada tawaran yang baik untuk pelbagai aksesori komputer. Saya bercadang hendak menambah storan tambahan luaran tapi tak pasti sama ada sesuai untuk komputer riba Fujitsu A3110 dengan Mandriva 2008.0 yang saya gunakan sekarang.

Saya berpeluang cuba pasang Maxtor 1Tb dan dapat baca storan itu. Terima kasih kepada Pn Norabeerah. Sistem fail yang digunakan ialah ntfs. Ruang yang dapat digunakan ialah 930Gb daripada kapasiti 1000Gb yang ada. Sebelum ini, storan tambahan luaran yang menggunakan fat32 dapat dibaca dan ditulis oleh komputer riba ini. Malangnya kali ini storan 1Tb itu hanya dapat dibaca tetapi tidak dapat ditulis (simpan fail) kepadanya kerana storan itu telah di mount sebagai read-only.

Setelah membuat rujukan dengan beberapa carian, saya telah memasang ntfs-3g pada sistem saya. Langkahnya mudah sahaja; Klik pada Install & Remove software - All - Find: in names, taip ntfs-3g, dan klik search. Klik untuk terima ntfs-3g dan butang Apply untuk pasang kepada sistem.

Setelah selesai dipasang, storan tambahan luaran ntfs akan dapat dibaca dan ditulis!

Sabtu, 11 April 2009

Perisian peta minda

Saya sudah tiga minggu memasang Mandriva 2009.1 pada komputer riba Fujitsu A3130 untuk menguji lari. Ada ceramah pagi ini dan saya telah pasang perisian peta minda View Your Mind, reviunya boleh dibaca di sini, untuk mengambil catatan.

Untuk pasang pada Mandriva, mudah sahaja; pilih Applications-Install and Remove Software- taipkan vym pada Search bar, klik pada ikon untuk pilih dan klik butang Apply untuk pasang.

Setelah selesai dipasang, untuk mulakan perisian, pergi ke command line, taip vym dan tekan butang Enter.

Untuk versi Windows, boleh pergi ke sini untuk perisiaan ini.

Setelah digunakan, saya rasakan vym ialah satu perisian yang sangat baik!