Khamis, 7 Mei 2009

Pemasangan pencetak HP PSC 1410 & Modem USB Huawei E220

Sangat mudah untuk memasang pencetak HP PSC 1410 kepada Fujitsu A3110 dengan sistem operasi Ubuntu 9.04! Hidupkan pencetak, sambung kabel USB kepada komputer dan pencetak itu akan dikesan dan boleh terus mencetak. Pengimbas pula boleh dicapai dengan membuka aplikasi Xsane Image Scanning.

Untuk mencapai internet menggunakan Modem USB Huawei E220, klik kanan pada ikon Network Connections yang ada di sudut atas kanan skrin dan pilih Edit Connections. Kalau tiada ikon ini, pilih daripada menu System, Preferences, Network Connections. Pada tetingkap Network Connections klik Mobile Broadband, Add, Forward dan pilih pembekal internet anda. Klik pada Edit setelah akaun diwujudkan. Klik pada kotak Connect automatically. Anda perlu restart session untuk membuat sambungan. Selamat mencuba!