1. Sedang buat salinan data ke netbook, kadar pindahan menjadi semakin perlahan sehingga terhenti.
2. Nak login ke laman PAT yang ada dalam komputer pelayan itu - walaupun dengan username dan password yang betul - tidak dapat. Hanya dipaparkan laman login itu sahaja dan mesej pada palang status pengimbas - Done.
3. Apabila nak capai ke phpmyadmin untuk lihat pangkalan data pada mysql, laman login tidak dipapar - mesej "error in php.ini configuration"
4. Nak buat entri kepada sistem kalendar - mesej query error...
Macam-macam terfikir dalam benak fikiran. Kena godam ke? Atau papan ibu CPU ada kerosakan ke? Atau cakera keras dah mula buat hal?
Komputer pelayan Web ini pentinglah sangat. Banyak sistem yang ada di situ. Terpaksa panggil juruteknik untuk dapatkan capaian secara fizikal untuk cuba selesaikan masalah. Tak sempat pada malam Sabtu, terpaksa pergi pada Ahad pagi...
Bila sampai sahaja di bilik pelayan komputer, oleh kerana Web dah beri apa-apa respons, kena restart. Nampaknya semua lancar dan sistem boleh berfungsi. Apalagi, cepat-cepat salin data yang penting - takut kalau-kalau berulang 'nyanyok' komputer pelayan ini. Tetapi separuh jalan - hang - tergantung..
Daripada mesej yang dipaparkan jelas masalahnya ialah pada cakera keras yang mana ada blok data yang dah tak boleh dibaca oleh sistem. Macam orang dah nazak, kejap sedar OK sekejap tidak sedar..
Bermula daripada 3hb Februari 2009, PC Clone yang dijadikan komputer pelayan telah mula menunjukkan keuzuran. Macamana tahu tarikh mula dipasang sistem? Setelah mengoogle, dapat arahan berikut:
$ ls /var/lib/dpkg/info/*.list -lh | sort -r -k 6 | tail -1 | awk '{print $6}'Lampu cakera keras sentiasa berkelip-kelip; macam susah nak baca - ada sektor rosak agaknya.Setelah login, terus taip arahan berikut untuk paksa arahan fsck dilaksana apabila dibut semula nanti:
touch /forcefsck
Ini lebih mudah kerana arahan fsck lebih selamat dilakukan ke atas peranti yang tidak di mount. Setelah dibut semula dengan arahan shutdown -r now memang sah ada masalah dengan data pada cakera keras. Semua ralat itu telah dapat dibaiki dengan menjawab Yes apabila ditanya sama ada hendak diperbaiki atau tidak.
Setelah selesai arahan itu dilaksana, komputer dibut semula. Alhamdullilah, apabila disemak perkhidmatan yang disediakan satu persatu, nampak macam dah pulih seperti sedia kala... Masih ada ruang untuk bernafas lega, tetapi rasa macam tak lama. Cakera keras itu perlu diganti!