Jumaat, 27 November 2009

Dell Mini 10 dan Ubuntu Karmic Koala

Sedang menggunakan Dell Mini 10 untuk kemaskini laman blog ini. Baru selesai bermesyuarat di tengah KL, sebelah kompleks membeli belah yang terkenal dengan barangan komputer dan telefon bimbit! Setelah meneliti beberapa netbook untuk hadiah kepada teman hidup, maka terpilihlah Dell Mini 10.

Hasratnya nak dapatkan netbook yang kosong - tanpa OS, tapi tak terjumpa - sebab nak pasang Ubuntu Karmic Koala. Bila semak di laman Dell Malaysia nampaknya macam tiada pilihan - maksud saya, kalau nak pilih 5 versi Windows tiada masalah - cuma kena tambah harga, tapi kalau nak pilih yang tiada OS, tidak boleh kurang harga sebab dah termasuk OS Windows 7 Starter Edition! Slogan Dell kata "Dell recommends Windows 7" tapi kes ini bukan recommend tapi kes paksa! Pembeli tiada pilihan! Saya akan sampaikan kes saya ini kepada Dell dan sama-sama kita lihat apa maklum balas mereka.

Saya telah muat turun Karmic Koala Ubuntu Netbook Remix yang saiznya lebih kurang 700Mb tapi telah ambil masa lebih kurang 5 jam menggunakan Celcom Broadband. Saya ingat mungkin saya tersalah pilih server tapi nampaknya capaian ke laman lain pun sama lesu. Sudah beberapa kali apabila saya bermesyuarat di KL saya menggunakan capaian ini tapi kebanyakkan masanya, bagi saya tidak memuaskan. Ada kalanya nak dapatkan alamat ip pun sukar dan kena cuba beberapa kali buat sambungan. Mungkin ada ramai pengguna pada masa itu?

Memasang UNR ke dalam Dell Mini 10 menggunakan thumb drive USB sangat mudah, tak sampai setengah jam! Tiada masalah membuat capaian menggunakan modem Huawei E220 dengan Celcom Broadband. Untuk menggunakan Wifi kena update sistem kemudian memasang bcmwl seperti arahan dalam laman ini. Selepas itu, semua perkakasan termasuk, Bluetooth, pembesar suara, mikrofon, pad sesentuh dan wifi berfungsi dengan baik. Saya tertarik dengan kamera web yang berfungsi melalui aplikasi Cheese yang disediakan. Boleh rujuk laman ini untuk memasang Skype.

Sehingga kini, saya sangat gembira dengan prestasi netbook ini dan semakin seronok menggunakannya. Mungkin saya akan cuba pinjam daripada teman saya apabila saya keluar bermesyuarat pada masa akan datang..