Alhamdullilah kerana dapat kembali. Dah lama tak kemaskini blog ini... Mohon maaf kepada pelajar-pelajar saya yang mengikuti blog ini; kalau masih ada lagi pengikut... :-)
Tahniah kepada guru-guru, terutama lepasan IPG, yang terus berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui pembelajaran secara jarak jauh atau secara sambilan dengan universiti-universiti tempatan atau luar negara di peringkat yang lebih tinggi seperti sarjana atau kedoktoran. Konsep guru sebagai pelajar sepanjang hayat (
lifelong learner) telah sebenarnya diamalkan oleh guru-guru. Tahniah sekali lagi!
Saya ingin kongsi bersama rakan pengunjung tentang penggunaan aplikasi sumber terbuka (
open source software, OSS) di dalam bidang pendidikan terutama alat-alat/aplikasi/perisian untuk membuat analisis data sama ada untuk kajian kuantitatif atau kajian kualitatif.
Di antara cabaran para guru-guru ialah dalam menggunakan aplikasi/perisian yang tidak sah dari aspek undang-undang. Sebagai contoh, kalau analisis data kuantitatif, seolah-olah tidak ada perisian lain yang diketahui guru selain SPSS. Akan tetapi harga lesen penuh bagi
SPSS versi yang termurah pun mungkin bersamaan dengan sebulan gaji guru!
Bagi saya apa yang lebih penting ialah prinsipnya. Penggunaan perisian yang tidak sah adalah salah disisi undang-undang. Sebagai guru yang menjadi contoh kepada anak muridnya dan beramanah, sepatutnya tidak sekali-kali mengambil jalan mudah.
Sebenarnya ada satu aplikasi/perisian yang boleh dijadikan alternatif kepada SPSS untuk menganalisis data kuantitatif malah sangat berupaya iaitu
aplikasi/perisian statistik R. Bagi mereka yang perlukan antara muka yang menggunakan GUI seperti SPSS,
pakej R Commander boleh dipasang di bawah R. Aplikasi/perisian R ini adalah silang platform, bermaksud terdapat versi untuk Linux, Windows dan Mac.
Ada satu lagi projek aplikasi/perisian sumber terbuka yang bertujuan menjadi sebagai pengganti terus kepada SPSS iaitu
aplikasi/perisian PSPP. Aplikasi/perisian ini masih dalam pembangunan dengan PSPP 0.84 sebagai versi terkini juga terdapat versi silang platform.
Selamat mencuba!