Ahad, 19 Oktober 2014

Sesi Amali 1: Memasang R di bawah MS Windows

Sesi Amali 1: Memasang R di bawah MS Windows

Pengenalan

Perisian R diterbitkan di bawah GNU General Public License (GPL), versi 2 dan boleh digunakan untuk apa jua tujuan termasuk untuk tujuan komersial. R boleh dilaksanakan di bawah pelbagai sistem operasi seperti UNIX, Linux, MS Windows dan Mac. Untuk sistem operasi MS Windows XP dan sistem operasi selepas itu seperti Vista, Windows 7 dan Windows 8, pakej asas dan pakej tambahan untuk R ada disediakan. Selain versi untuk pemproses 32 bit, R juga ada versi untuk 64 bit bagi memanfaatkan pemproses 64 bit yang menyediakan ruang kerja ingatan melebihi 4GB, dengan itu boleh mengolah set data yang lebih besar.

Objektif Sesi

Di akhir sesi ini pengguna akan dapat
1. memuat turun dan memasang R
2. memulakan dan menamatkan sesi R


Prasyarat

Komputer yang hendak dipasang dengan R mesti mempunyai capaian ke internet.

Langkah-langkah


2. Klik pada pautan 'install R for the first time' yang terletak di sebelah kanan atas laman.

3. Laman seterusnya memaparkan pelbagai pilihan. Pengguna adalah dinasihatkan untuk pergi ke laman yang tersenarai dalam Frequently asked questions jika berkaitan untuk mendapatkan bantuan yang spesifik bagi situasi pengguna.

4. Jika tidak berkenaan, klik pada pautan Download R 3.X.X for Windows. Setelah siap dimuat turun, buka folder muat turun dan dwi klik pada fail R-3.X.X-win.

5. Pada kotak dialog Open File – Security Warning, klik butang Run.

6. Pada kotak dialog Select Setup Language, klik butang OK.

7. Pada kotak dialog Setup – R for Windows 3.X.X, klik butang Next.

8. Pada kotak dialog Information, klik butang Next.

9. Pada kotak dialog Select Destination Location, klik butang Next.

10. Pada kotak dialog Select Components, klik butang Next.

11. Pada kotak dialog Startup Options, klik butang Next.

12. Pada kotak dialog Select Start Menu Folder, klik butang Next.

13. Pada kotak dialog Select Additional Tasks, klik butang Next.

Fail-fail R akan disalin dan dipasang.

14. Setelah selesai pemasangan, klik butang Finish.

15. Untuk memulakan sesi R, klik pada butang Start>All Programs>R>R i386 3.X.X.
16. Ada dua cara untuk menamatkan sesi R. Pertama, klik pada menu bar File>Exit. Cara kedua ialah dengan menaipkan quit() atau q() pada R Console dan tekan kekunci Enter. Kedua-dua cara akan memaparkan kotak dialog Question - Save workspace image?. Klik kotak No untuk tidak simpan.
Kelicinan pemasangan R adalah sangat bergantung kepada kualiti capaian ke internet. Jika sekiranya terdapat gangguan atau mana-mana langkah tergendala, ulangi semula langkah itu. Jika masih tidak berjaya, ulangi semula langkah-langkah daripada awal dengan menggunakan sambungan internet yang lain atau pada masa yang lain.

Memasang R dalam MS Windows Vista / 7 / 8

Bagi sistem operasi Windows Vista / 7 / 8, jika anda tidak menggunakan akaun administrator, satu atau lebih tetingkap dialog Security warning akan dipaparkan. Anda perlu membuat pengesahan untuk meneruskan pemasangan.
Perisian R juga akan dilaporkan sebagai unidentified publisher atau unknown publisher apabila hendak melaksanakan pemasangan. Anda tidak perlu bimbang dengan amaran ini dan boleh teruskan.
Untuk mengelak daripada menghadapi masalah, anda dinasihatkan untuk membuat pemasangan dan melaksanakan R menggunakan akaun Administrator. Ini boleh dilakukan dengan mengklik butang kanan tetikus pada fail R-3.X.X-win semasa pemasangan. Apabila menu pilihan dipaparkan, pilih Run as Administrator untuk meneruskan pemasangan.
Begitu juga setelah R dipasang, anda perlu klik butang kanan tetikus pada ikon R dan apabila menu pilihan dipaparkan, pilih Run as Administrator untuk melaksanakannya.

Kesimpulan Sesi


Tahniah kerana telah sampai ke penghujung sesi dan berjaya memasang R ke dalam komputer. Sebenarnya pemasang R tidak rumit jika menerima opsyen yang tersedia tanpa apa-apa perubahan. Pemasangan dan pelaksanaan R di bawah sistem operasi MS Windows Vista / 7 / 8 kurang bermasalah jika akaun Administrator digunakan.