Fujitsu LifeBook-A-Series telah dipasang dengan sistem operasi Ubuntu Jaunty Jackalope 9.04 edisi Sabily semenjak 2008. Sistem operasi ini telah memberikan perkhidmatan yang stabil dan seronok untuk digunakan. Banyak tugas yang memerlukan penggunaan komputer seperti aplikasi pejabat; suntingan dokumen, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data. Kerja-kerja suntingan grafik, audio, mengemaskini laman web, mengurus dan mentadbir komputer pelayan secara jauh telah dapat dilaksanakan dengan licin. Lebih kurang 3 tahun perkhidmatan tanpa banyak masalah.
Virus ialah satu istilah yang asing dan sistem tidak pernah terganggu apatah lagi kehilangan data akibat ancamannya. ClamAV ada dipasang dalam notebook ini sebagai langkah keselamatan tetapi jenis virus yang dijumpai adalah yang memberi ancaman kepada sistem operasi Windows sahaja. Virus yang boleh mengancam sistem operasi ini, setakat ini belum pernah dijumpai. Malah beberapa kali rakan-rakan yang mempunyai pemacu usb yang sudah tidak dapat dibaca oleh Windows akibat virus, telah dapat diselamatkan menggunakan sistem operasi ini. Pendek kata ia tidak memberikan banyak masalah malah telah beberapa kali menjadi penyelamat.
Untuk pasang antivirus clamav dan kemaskini pangkalan data anti virus pada Lucid Lynx 10.04 melalui terminal, taipkan:
sudo apt-get install clamav
sudo freshclam
Setelah fail-fail dimuat turun, dipasang dan pangkalan data virus dikemas kini, anda boleh melaksanakan clamav dengan memberi arahan melalui terminal:
clamscan -r
untuk mengimbas fail-fail dalam folder dan sub-folder home
Untuk memasang antara muka bahagian depan (front-end) perisian anti-virus ini, anda boleh memberi arahan melalui terminal:
sudo apt-get install clamtk
Setelah berjaya dipasang, anda boleh pergi ke Accessories->Virus Scanner untuk mengimbas virus.
Tujuan utama blog ini diwujudkan ialah untuk mengingatkan diri sendiri melalui nota dan catatan ringkas, pengalaman menyelesaikan isu-isu dan langkah-langkah yang berkaitan dalam penggunaan sistem operasi sumber terbuka. Selain itu adalah diharapkan blog ini dapat membantu pelatih, rakan dan siapa saja yang berminat dalam penggunaan perisian sumber terbuka terutama dalam pendidikan dan khususnya dalam pendidikan keguruan.
Sabtu, 6 Ogos 2011
Pada 30 Julai bertolak ke Pekan Kuala Besut untuk tugas rasmi. Menginap di Hotel Samudera. Capaian internet percuma yang disediakan secara relatif sangat baik - purata kelajuan bagi muat turun ~100kb/s - lebih baik daripada streamyx saya yang dilanggan di rumah di Johor Bahru yang mana purata kelajuan bagi muat turun cuma ~ 20kb/s. Mungkin kerana Kuala Besut ialah tempat persingahan ramai pelancong daripada luar negara yang ingin ke Pulau Perhentian. Menumpang tuah pelancong!
Namun di sebelah petang kelajuan muat turun semakin kurang - kerana semakin ramai yang menggunakan talian. Betul seperti yang dijanjikan TM - Kelajuan maksimum tidak boleh dijanjikan - cuma usaha terbaik (best effort)!

Nota 28 Januari 2011
Bagaimana nak pasang Zekr - Perisian kajian Quran - pada Lucid Lynx:
1. Kemaskini repositori:
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade
2. Tambah repositori Sabily:
sudo add-apt-repository ppa:sabily.team/ppa && sudo apt-get -q update
3. Melalui antara muka grafik, klik pada ikon Ubuntu Software Centre pada menu Favorites. Kalau tiada dalam Favourites, pilih menu System/Administration kerana ikon Ubuntu Software Centre asalnya dalam menu ini.
4. Taipkan Zekr dalam kotak Search.
5. Klik butang Install apabila dipaparkan maklumat tentang Zekr.
6. Setelah selesai, taipkan Quran dalam kotak search.
7. Klik butang install pada ttf-me-quran.

Nota lama... 24 Mac 2008
Catatan ini saya jumpa, tidak sempat nak poskan dahulu. Tapi tidak mengapa, saya poskan juga.
sudo nano namafail
Arahan apt atau dpkg akan menggunakan pangkalan data ini. Malangnya jika semasa mengemaskini atau semasa memasang mana-mana pakej, proses tidak dapat diselesaikan dengan sempurna akibat apa juga sebab, pangkalan ini akan ditinggalkan terbuka.
Jika anda dapat mesej ini, pastikan program Synaptic bagi Ubuntu atau Adept bagi Kubuntu atau Update Manager tidak beroperasi. Begitu juga jika apt-get sedang berjalan, sama ada tunggu hingga selesai atau berhentikannya.
Jika anda telah pasti, tiada program yang sedang menggunakan pangkalan data ini, besar kemungkinan program yang menggunakan pangkalan data itu telah nahas. Untuk membuang kunci program ke atas pangkalan data, cuba shutdown dan restart sistem.
Jika anda masih dapat mesej database locked apabila memberi arahan apt-get update atau apt-get upgrade, cuba beri arahan berikut:
sudo dpkg –configure -a
Jika arahan di atas masih menghasilkan mesej database locked, anda perlu mengambil langkah yang lebih drastik iaitu dengan memadam fail-fail lock. Pada konsole, taipkan arahan berikut:
sudo rm /var/cache/apt/archives/lock
sudo rm /var/lib/apt/lists/lock
Pengenalan Kepada Kubuntu
Pemasangan Kubuntu
Menyunting Fail
Anda perlu biasakan diri anda menggunakan penyunting berasaskan teks untuk menyunting fail-fail konfigurasi. Penyunting yang tersedia dan mudah digunakan ialah nano atau pico. Kebanyakkan fail aturan (configuration file) yang anda akan sunting memerlukan hak istimewa root. Untuk memulakan penyunting ini anda boleh beri arahan seperti berikut:sudo nano namafail
Kemas Kini Sistem
Jika semasa pemasangan, komputer anda mempunyai sambungan ke internet, sistem akan mengesan dan akan mengemaskini maklumat repositori. Jika tidak, anda perlu sunting fail /etc/apt/sources.list dengan menggantikan kod negara kepada my untuk Malaysia. Sebenarnya anda boleh gunakan mana-mana komputer pelayan repositori di dunia ini tetapi mungkin lebih cepat untuk muat turun jumlah data yang besar jika komputer pelayan repositori itu paling hampir dengan anda.
Buang semua tanda # sebelum arahan deb. Sebagai contoh:
Asal:
#deb http://au.archive.ubuntu.com/ubuntu/ dapper main restricted
Kepada:
deb http://my.archive.ubuntu.com/ubuntu/ dapper main restricted
Jangan lupa simpan fail setelah disunting.
Penggunaan Proksi Untuk Capai Ke Internet
Jika komputer anda berada di dalam rangkaian yang menggunakan proksi, anda perlu edit fail /etc/apt/apt.conf dan sunting baris berikut:
acquire http::proxy “http://user:password@proxy:port/”
Gantikan nama pengguna 'user' kata laluan 'password', alamat ip komputer proxy anda 'proxy' di port 'port'.
Database Locked
Maklumat berkenaan pakej yang terpasang pada sistem disimpan di dalam satu pangkalan data pakej. Kewujudan pangkalan data ini ialah untuk memastikan sistem tidak rosak dan sentiasa utuh.Arahan apt atau dpkg akan menggunakan pangkalan data ini. Malangnya jika semasa mengemaskini atau semasa memasang mana-mana pakej, proses tidak dapat diselesaikan dengan sempurna akibat apa juga sebab, pangkalan ini akan ditinggalkan terbuka.
Jika anda dapat mesej ini, pastikan program Synaptic bagi Ubuntu atau Adept bagi Kubuntu atau Update Manager tidak beroperasi. Begitu juga jika apt-get sedang berjalan, sama ada tunggu hingga selesai atau berhentikannya.
Jika anda telah pasti, tiada program yang sedang menggunakan pangkalan data ini, besar kemungkinan program yang menggunakan pangkalan data itu telah nahas. Untuk membuang kunci program ke atas pangkalan data, cuba shutdown dan restart sistem.
Jika anda masih dapat mesej database locked apabila memberi arahan apt-get update atau apt-get upgrade, cuba beri arahan berikut:
sudo dpkg –configure -a
Jika arahan di atas masih menghasilkan mesej database locked, anda perlu mengambil langkah yang lebih drastik iaitu dengan memadam fail-fail lock. Pada konsole, taipkan arahan berikut:
sudo rm /var/cache/apt/archives/lock
sudo rm /var/lib/apt/lists/lock
sudo rm /var/lib/dpkg/lock
Semak versi kernel:
uname -a
Rujukan
- Indeks Arahan Linux di http://www.perpetualpc.net/srtd_commands_rev.html
Glosari Istilah
| Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu |
| Broken sistem | sistem rosak |
| Configure | mengatur |
| Crashed (program) | nahas |
| Database | pangkalan data |
| Edit | sunting |
| Install | pasang |
| Package | pakej |
| Privilege | hak istimewa |
| Program | program / perisian |
| Proxy | proksi |
| Server Computer | komputer pelayan |
Langgan:
Catatan (Atom)