Isnin, 22 Februari 2010

E61i sebagai Modem melalui Bluetooth utk Ubuntu 9.04 sambung ke 3G Celcom

Baru sampai ke hotel di Jalan Hang Jebat KL utk mesyuarat. Di hotel memang ada disediakan wifi secara percuma, tidak perlu kata kunci pun! Bercakap tentang wifi di hotel-hotel di Malaysia, kemudahan yang disediakan adalah pelbagai; ada yang menyediakan secara percuma, ada yang mengenakan bayaran mengikut jumlah jam penggunaan - di antara kadar RM2 hingga RM5 sejam. Oleh itu jika anda tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa internet, elok tanya tentang kemudahan capaian.

Saya bercadang nak cari usb 3g modem utk digunakan dengan notebook, tapi teringat pula tentang satu rencana yang pernah saya baca bagaimana menggunakan telefon bimbit Nokia E61i sebagai modem.

Setelah membuat beberapa carian menggunakan Google melalui wifi yang disediakan oleh pihak hotel, dan membuat beberapa pemasangan dan pengaturan (settings) kepada notebook saya - akhirnya saya telah berjaya menggunakan telefon bimbit saya sebagai modem melalui bluetooth untuk notebook.

Malangnya perinciannya saya tidak dapat berikan kerana saya telah tinggalkan catatan ini sebagai deraf dan baru hari ini, 8hb Januari 2011, dapat kemaskinikan pos ini...

Kesimpulannya - dapat layari internet dengan baik tetapi sepanjang menggunakan telefon bimbit sebagai modem, perkhidmatan telefon tidak dapat digunakan.