Ahad, 26 Disember 2010

Komputer Pelayan Meragam

Macam ada perkara yang tak kena pada komputer pelayan Web:
1. Sedang buat salinan data ke netbook, kadar pindahan menjadi semakin perlahan sehingga terhenti.
2. Nak login ke laman PAT yang ada dalam komputer pelayan itu - walaupun dengan username dan password yang betul - tidak dapat. Hanya dipaparkan laman login itu sahaja dan mesej pada palang status pengimbas - Done.
3. Apabila nak capai ke phpmyadmin untuk lihat pangkalan data pada mysql, laman login tidak dipapar - mesej "error in php.ini configuration"
4. Nak buat entri kepada sistem kalendar - mesej query error...

Macam-macam terfikir dalam benak fikiran. Kena godam ke? Atau papan ibu CPU ada kerosakan ke? Atau cakera keras dah mula buat hal?

Komputer pelayan Web ini pentinglah sangat. Banyak sistem yang ada di situ. Terpaksa panggil juruteknik untuk dapatkan capaian secara fizikal untuk cuba selesaikan masalah. Tak sempat pada malam Sabtu, terpaksa pergi pada Ahad pagi...

Bila sampai sahaja di bilik pelayan komputer, oleh kerana Web dah beri apa-apa respons, kena restart. Nampaknya semua lancar dan sistem boleh berfungsi. Apalagi, cepat-cepat salin data yang penting - takut kalau-kalau berulang 'nyanyok' komputer pelayan ini. Tetapi separuh jalan - hang - tergantung..

Daripada mesej yang dipaparkan jelas masalahnya ialah pada cakera keras yang mana ada blok data yang dah tak boleh dibaca oleh sistem. Macam orang dah nazak, kejap sedar OK sekejap tidak sedar..

Bermula daripada 3hb Februari 2009, PC Clone yang dijadikan komputer pelayan telah mula menunjukkan keuzuran. Macamana tahu tarikh mula dipasang sistem? Setelah mengoogle, dapat arahan berikut:
$ ls /var/lib/dpkg/info/*.list -lh | sort -r -k 6 | tail -1 | awk '{print $6}'
Lampu cakera keras sentiasa berkelip-kelip; macam susah nak baca - ada sektor rosak agaknya.

Setelah login, terus taip arahan berikut untuk paksa arahan fsck dilaksana apabila dibut semula nanti:

touch /forcefsck

Ini lebih mudah kerana arahan fsck lebih selamat dilakukan ke atas peranti yang tidak di mount. Setelah dibut semula dengan arahan shutdown -r now memang sah ada masalah dengan data pada cakera keras. Semua ralat itu telah dapat dibaiki dengan menjawab Yes apabila ditanya sama ada hendak diperbaiki atau tidak.

Setelah selesai arahan itu dilaksana, komputer dibut semula. Alhamdullilah, apabila disemak perkhidmatan yang disediakan satu persatu, nampak macam dah pulih seperti sedia kala... Masih ada ruang untuk bernafas lega, tetapi rasa macam tak lama. Cakera keras itu perlu diganti!

Selasa, 5 Oktober 2010

Masalah audio/bunyi pada HP Mini 110-3000 bagi Ubuntu 10.04

Telah kemaskini alsa versi 1.0.23 pada HP Mini 110-3000 seperti arahan dalam laman ini. Rasanya fungsi suara/bunyi semuanya dah ok. Tapi setelah beberapa kali reboot, rosak semula dan tidak berfungsi. Sebelum ini ada satu peranti tersenarai iaitu Internal Audio, 1 input/1 output, bila dilihat pada Systems > Preferences > Sound Preferences > Hardware Tab. Tapi sekarang, tiada peranti tersenarai!

Seperti mana biasa, rujukan yang paling baik untuk selesai masalah komputer ialah internet. Menurut laman ini, bukan sahaja driver alsa perlu versi terkini daripada 1.0.23 tetapi juga kernel yang terkini, setakat ini! Selepas dikemaskini mengikut panduan yang diberi, fungsi suara/bunyi kembali semula!

Selasa, 7 September 2010

Memasang pakej Ralink RT3090 untuk Ubuntu Lucid bagi HP Mini 110-3000

Setelah dapat capaian ke internet menggunakan kabel dan modem usb GSM, wireless yang ada pula perlu diaktifkan. Langkahnya adalah seperti berikut:
1. Muat turun fail rt3090-dkms_2.3.1.7-0ubuntu0~ppa2_all.deb daripada laman Markus Hebeling.
2. Dwi klik pada fail itu untuk pasang kepada sistem.
3. Perlu restart netbook semula untuk aktifkan wireless.
4. Pastikan suis wireless F12 hidup - warna biru.

Isnin, 6 September 2010

Memasang Celcom broadband pada HP Mini 110-3000 di bawah Ubuntu Lucid

Langkah seterusnya ialah untuk memasang Celcom Broadband melalui modem usb Huawei E1550. Mengikut laman ini, ada ralat pada sistem Ubuntu Lucid. Akan tetapi sebenarnya tidak perlu tambah udev-rules seperti saranan di bahagian atas laman itu! Apa yang perlu dilakukan ialah dengan memasang usb-modeswitch seperti arahan berikut:

$ sudo aptitude install usb-modeswitch

Setelah selesai, pasang modem Huawei E1550 ke pangkalan usb, dan panduan untuk penyambungan ke rangkaian GSM akan dipapar. Berikan maklumat yang sesuai bagi setiap soalan untuk sambungan ke internet!

Memasang Ubuntu Netbook Remix 10.04 pada HP Mini 110-3000

Dah sebulan dapat HP Mini 110-3000 melalui program Streamyx CoolUniPack. Terpaksa gunakan Windows 7 Starter Edition yang tersedia dipasang untuk muat turun dan pasang Ubuntu 10.04 Lucid Netbook Remix dengan arahan daripada laman rasmi Ubuntu, secara ringkasnya seperti berikut:

1. Muat turun fail ubuntu-10.04-netbook-i386.iso
2. Muat turun fail Universal-USB-Installer-v1.7.9.exe
3. Sediakan satu pemacu pen sekurang-kurang 1GB
4. Laksana fail Universal-USB-Installer-v1.7.9.exe
5. Pilih Ubuntu 10.04 Netbook Remix
6. Pilih / untuk format pemacu pen dan klik OK
7. Setelah selesai, pemacu pen boleh digunakan untuk boot netbook.
8. Restart semula netbook dan pastikan pemacu pen berada di sambungan USB.
9. Pastikan sambungan rangkaian untuk capaian ke internet telah dipasang.
10. Pastikan BIOS telah diubah untuk membolehkannya boot daripada USB.

Lebih kurang 45 minit diperlukan untuk siapkan pemasangan.

Isnin, 22 Februari 2010

E61i sebagai Modem melalui Bluetooth utk Ubuntu 9.04 sambung ke 3G Celcom

Baru sampai ke hotel di Jalan Hang Jebat KL utk mesyuarat. Di hotel memang ada disediakan wifi secara percuma, tidak perlu kata kunci pun! Bercakap tentang wifi di hotel-hotel di Malaysia, kemudahan yang disediakan adalah pelbagai; ada yang menyediakan secara percuma, ada yang mengenakan bayaran mengikut jumlah jam penggunaan - di antara kadar RM2 hingga RM5 sejam. Oleh itu jika anda tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa internet, elok tanya tentang kemudahan capaian.

Saya bercadang nak cari usb 3g modem utk digunakan dengan notebook, tapi teringat pula tentang satu rencana yang pernah saya baca bagaimana menggunakan telefon bimbit Nokia E61i sebagai modem.

Setelah membuat beberapa carian menggunakan Google melalui wifi yang disediakan oleh pihak hotel, dan membuat beberapa pemasangan dan pengaturan (settings) kepada notebook saya - akhirnya saya telah berjaya menggunakan telefon bimbit saya sebagai modem melalui bluetooth untuk notebook.

Malangnya perinciannya saya tidak dapat berikan kerana saya telah tinggalkan catatan ini sebagai deraf dan baru hari ini, 8hb Januari 2011, dapat kemaskinikan pos ini...

Kesimpulannya - dapat layari internet dengan baik tetapi sepanjang menggunakan telefon bimbit sebagai modem, perkhidmatan telefon tidak dapat digunakan.