Pengenalan Kepada Kubuntu
Pemasangan Kubuntu
Menyunting Fail
Anda perlu biasakan diri anda menggunakan penyunting berasaskan teks untuk menyunting fail-fail konfigurasi. Penyunting yang tersedia dan mudah digunakan ialah nano atau pico. Kebanyakkan fail aturan (configuration file) yang anda akan sunting memerlukan hak istimewa root. Untuk memulakan penyunting ini anda boleh beri arahan seperti berikut:sudo nano namafail
Kemas Kini Sistem
Jika semasa pemasangan, komputer anda mempunyai sambungan ke internet, sistem akan mengesan dan akan mengemaskini maklumat repositori. Jika tidak, anda perlu sunting fail /etc/apt/sources.list dengan menggantikan kod negara kepada my untuk Malaysia. Sebenarnya anda boleh gunakan mana-mana komputer pelayan repositori di dunia ini tetapi mungkin lebih cepat untuk muat turun jumlah data yang besar jika komputer pelayan repositori itu paling hampir dengan anda.
Buang semua tanda # sebelum arahan deb. Sebagai contoh:
Asal:
#deb http://au.archive.ubuntu.com/ubuntu/ dapper main restricted
Kepada:
deb http://my.archive.ubuntu.com/ubuntu/ dapper main restricted
Jangan lupa simpan fail setelah disunting.
Penggunaan Proksi Untuk Capai Ke Internet
Jika komputer anda berada di dalam rangkaian yang menggunakan proksi, anda perlu edit fail /etc/apt/apt.conf dan sunting baris berikut:
acquire http::proxy “http://user:password@proxy:port/”
Gantikan nama pengguna 'user' kata laluan 'password', alamat ip komputer proxy anda 'proxy' di port 'port'.
Database Locked
Maklumat berkenaan pakej yang terpasang pada sistem disimpan di dalam satu pangkalan data pakej. Kewujudan pangkalan data ini ialah untuk memastikan sistem tidak rosak dan sentiasa utuh.Arahan apt atau dpkg akan menggunakan pangkalan data ini. Malangnya jika semasa mengemaskini atau semasa memasang mana-mana pakej, proses tidak dapat diselesaikan dengan sempurna akibat apa juga sebab, pangkalan ini akan ditinggalkan terbuka.
Jika anda dapat mesej ini, pastikan program Synaptic bagi Ubuntu atau Adept bagi Kubuntu atau Update Manager tidak beroperasi. Begitu juga jika apt-get sedang berjalan, sama ada tunggu hingga selesai atau berhentikannya.
Jika anda telah pasti, tiada program yang sedang menggunakan pangkalan data ini, besar kemungkinan program yang menggunakan pangkalan data itu telah nahas. Untuk membuang kunci program ke atas pangkalan data, cuba shutdown dan restart sistem.
Jika anda masih dapat mesej database locked apabila memberi arahan apt-get update atau apt-get upgrade, cuba beri arahan berikut:
sudo dpkg –configure -a
Jika arahan di atas masih menghasilkan mesej database locked, anda perlu mengambil langkah yang lebih drastik iaitu dengan memadam fail-fail lock. Pada konsole, taipkan arahan berikut:
sudo rm /var/cache/apt/archives/lock
sudo rm /var/lib/apt/lists/lock
sudo rm /var/lib/dpkg/lock
Semak versi kernel:
uname -a
Rujukan
- Indeks Arahan Linux di http://www.perpetualpc.net/srtd_commands_rev.html
Glosari Istilah
| Bahasa Inggeris | Bahasa Melayu |
| Broken sistem | sistem rosak |
| Configure | mengatur |
| Crashed (program) | nahas |
| Database | pangkalan data |
| Edit | sunting |
| Install | pasang |
| Package | pakej |
| Privilege | hak istimewa |
| Program | program / perisian |
| Proxy | proksi |
| Server Computer | komputer pelayan |