Selasa, 11 Januari 2011

Mengklon cakera keras

Bila nak capai Sistem Kalendar Web pada hari Ahad malam lepas, dapat mesej Waiting for web.ipti.edu.my sahaja pada bar status pengimbas web, namun lamannya tidak dipaparkan. Terdetik dalam hati perasaan syak wasangka bahawa cakera keras komputer pelayan itu telah nazak.

Setelah selesai perhimpunan pagi Isnin, terus pergi ke bilik komputer pelayan. Juruteknik komputer telah sedia menunggu untuk membantu dalam menyelesaikan masalah pada komputer pelayan web.ipti.edu.my itu. Bersama Juruteknik ada tiga pelatih daripada Institut Latihan Perindustrian Mersing, yang baru pagi ini melaporkan diri untuk sesi latihan amali. Setelah berkenalan, mereka telah diberikan kuliah pendek tentang sistem OS Linux. Mereka kemudian telah diberikan tugasan untuk mencari arahan-arahan Linux biasa yang digunakan melalui command line.

Kembali kepada objektif asal pergi ke bilik komputer pelayan ini ialah untuk menggantikan cakera keras pada komputer pelayan web.ipti.edu.my dengan yang baru, dengan cara yang paling cepat. Berikut adalah langkah-langkah yang telah dilaksanakan:

1. Tanggalkan sambung komputer pelayan ke rangkaian dan tutup secara tertib (proper shutdown)

2. Pasang cakera keras baru dalam server sebagai slave - pastikan konfigurasi pin bagi cakera keras ide

3. Pastikan cakera keras baru dapat dikesan
sudo fdisk -l

4. Klon cakera keras utama, /dev/sda kepada cakera keras kedua, /dev/sdb
dd if=/dev/sda of=/dev/sdb

5. Masa untuk menyalin data bergantung kepada saiz cakera keras ~ 1 jam 30 min bagi 80GB kepada HD 160GB

6. Untuk menguji klon, cabut cakera keras utama dan gantikan dengan yang klon - pastikan konfigurasi pin sebagai master

7. Login sebagai root dan paksa semak sistem fail
touch /forcefsck

8. Tutup dengan tertib dan but semula
shutdown -r now

9. Arahan fsck akan dilaksana - sepatutnya tiada laporan kerosakan fail

10. Komputer pelayan telah siap dengan semua aplikasi berjalan lancar dengan cakera keras yang baru!