Baru selesai mesyuarat di tengah KL. Sempat pergi ke sebuah plaza yang terkenal dengan aneka peralatan dan perkakasan komputer. Memang sentiasa ada tawaran yang baik untuk pelbagai aksesori komputer. Saya bercadang hendak menambah storan tambahan luaran tapi tak pasti sama ada sesuai untuk komputer riba Fujitsu A3110 dengan Mandriva 2008.0 yang saya gunakan sekarang.
Saya berpeluang cuba pasang Maxtor 1Tb dan dapat baca storan itu. Terima kasih kepada Pn Norabeerah. Sistem fail yang digunakan ialah ntfs. Ruang yang dapat digunakan ialah 930Gb daripada kapasiti 1000Gb yang ada. Sebelum ini, storan tambahan luaran yang menggunakan fat32 dapat dibaca dan ditulis oleh komputer riba ini. Malangnya kali ini storan 1Tb itu hanya dapat dibaca tetapi tidak dapat ditulis (simpan fail) kepadanya kerana storan itu telah di mount sebagai read-only.
Setelah membuat rujukan dengan beberapa carian, saya telah memasang ntfs-3g pada sistem saya. Langkahnya mudah sahaja; Klik pada Install & Remove software - All - Find: in names, taip ntfs-3g, dan klik search. Klik untuk terima ntfs-3g dan butang Apply untuk pasang kepada sistem.
Setelah selesai dipasang, storan tambahan luaran ntfs akan dapat dibaca dan ditulis!