Telah muat turun Mandriva 2009.1 Spring versi KDE dan mencubanya secara live pada komputer riba Dell D630. Semua perkakasan dapat digunakan; pad sesentuh, bunyi, wireless, bluetooth.. Sungguh hebat!
Telah pasang pada cakera keras, berkongsi dengan Windows Vista yang telah sedia ada, dalam mode dual boot. Pemasangan berjalan lancar dan siap dalam masa kurang 30 minit.
Seterusnya pakej Compiz Fusion untuk 3D Desktop dan pakej pencetak dipasang melalui Mandriva Control Center. Saya mempunyai pencetak Canon ip1880 dan dengan memasang pakej tambahan daripada laman Canon, saya telah dapat mencetak dengan sempurna! Pencetak HP PSC 1410 saya memang tiada masalah!
Saya telah berjaya meyakinkan pasangan saya untuk memasang distros ini pada komputer ribanya kerana semasa menggunakan komputer riba saya, dia seronok menggunakan ciri 3D Desktop Compiz Fusion selain perisian Open Office 3.0 yang tersedia dengan penyemak ejaan Bahasa Melayu!