Khamis, 15 September 2011

Masa untuk berubah

Kalau anda masih menggunakan perisian yang tidak berlesen, silalah buat perubahan! Gunakanlah perisian sumber terbuka - termasuk sistem operasi seperti Ubuntu dan perisian aplikasi seperti LibreOffice. Selain daripada semuanya percuma, anda boleh dapatkan ketenangan fikiran dengan mengetahui bahawa semuanya berlesen penuh dan anda berada pada sisi undang-undang yang betul.

Boleh baca pandangan Saudara Azmizam di blognya penerangan ringkas tentang penggunaan perisian yang tidak berlesen.

Bagi mereka yang telah mula berjinak-jinak menggunakan OSS, boleh baca artikel daripada PC World ini.
 
Lebih penting sebagai pendidik atau bakal pendidik, amalan nilai-nilai murni mesti bermula dengan diri sendiri. Kalau guru menggunakan perisian cetak cetak rompak, anak muridnya mungkin lebih hebat daripada itu. Bak kata pepatah, Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari...

Renung-renungkanlah!

Glosari Istilah
OSS - Open Source Software